5 Mei 2017 - 19:22
A.S Cuba Bunuh Kim Jong Un: Pyonyang

Korea Utara hari ini menuduh agensi perisikan Amerika Syarikat dan Korea Selatan melakukan percubaan membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan menggunakan senjata bio kimia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Korea Utara hari ini menuduh agensi perisikan Amerika Syarikat dan Korea Selatan melakukan percubaan membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dengan menggunakan senjata bio kimia.

Kenyataan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang disiarkan dalam media rasmi negara itu menyebut, kerajaan akan 'memburu dan memusnahkan' semua pengganas dalam Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan Korea Selatan tanpa sebarang belas kasihan kerana mahu menyasar pemimpin agung mereka.

Korea Utara sebelum ini sering mengecam AS dan Korea Selatan, namun tuduhan yang dilemparkan, hari ini dilihat agak luar biasa.

Kementerian itu berkata, agensi perisikan kedua-dua negara pada Jun 2014 'merasuah dan meracuni' pemikiran seorang rakyat Korea Utara yang bertugas di Russia agar melaksanakan pembunuhan ke atas Jong-un selepas pulang ke tanah air.

Dakwa kementerian itu, ejen Korea Selatan memberi individu berkenaan sejumlah wang dan peralatan komunikasi satelit untuk menyerang Jong-un di satu majlis awam menggunakan senjata bio kimia seperti bahan berunsurkan radio aktif atau racun nano. - AP